Skip to content
Home » Blog » Capai Impian Melalui Bisnes Mobile Spa

Capai Impian Melalui Bisnes Mobile Spa

Capai impian melalui bisnes mobile spa

Saya selalu cakap dengan mereka yang dah menjalani kursus mobile spa yang bisnes mobile spa adalah bisnes yang boleh pergi sangat jauh, bukan sekadar mendapat income tetapi banyak impian yang boleh dicapai melalui mobile spa.

Saya nak ajak untuk kita sama-sama throwback keadaan masa kecil dahulu. Pada ketika itu, pemikiran kita tiada limit dan kita banyak berimaginasi tentang kehidupan kita apabila dewasa nanti. Ada yang nak rumah yang ada taman, ada yang nak kereta sport, ada yang angankan untuk selalu travel ke luar negara dengan naik business class.

Tapi sayangnya makin kita dewasa, apabila semakin banyak tanggungjawab yang dipikul, impian itu seakan-akan hilang begitu sahaja. Kita rasa tak mungkinlah aku dapat buat semua ni sebab gaji aku pun cukup-cukup makan sahaja. Nak tanggung keluarga pun adakalanya tak cukup, apatah lagi nak bercerita tentang travel ke luar negara.

Jadi, sedar atau tidak, impian yang kita ada itu bukan dimatikan oleh orang lain, tapi dimatikan oleh diri sendiri. Disebabkan ketidakcukupan duit daripada gaji kerja, menyebabkan kita tak de lagi rasa nak buat perkara yang pernah kita impikan suatu ketika dahulu.

Dalam entri kali ini saya nak buka minda anda semua bahawa TIADA IMPIAN pun yang tidak boleh tercapai asalkan kita tidak pernah mematikan impian tercebut, buat perancangan, dan usaha ke arah itu dan banyak impian anda boleh cepat untuk direalisasikan bila kita income tambahan seperti buat bisnes mobile spa.

Contohnya seperti ini:

Anda bergaji RM 3000 sebulan, ada 4 orang anak, ada komitmen kepada keluarga ibu ayah, komitmen kereta, rumah, pendidikan anak-anak dan sebagainya yang menjadikan income itu cukup-cukup sahaja untuk anda dan keluarga tetapi anda teringin saya nak pergi travel ke Europe.

Katalah setelah diambil kira semuanya, kos nak ke Europe bersama keluarga anda adalah RM 20 000. Kalau nak harapkan gaji kerja sahaja, anda kira-kira 8 tahun lagi ni baru boleh pergi sebab dapat menabung pun sikit je setiap bulan. Itupun kalau dapat menabung. Kalau tak dapat menabung alamat bertambah lagilah tempoh masanya.

Tetapi disebabkan nak sangat pergi Europe, anda ambil keputusan untuk buat extra income dengan mobile spa. Disebabkan anda bekerja, anda memilih untuk buat bisnes mobile spa pada hari cuti sahaja. Katalah setiap kali cuti Sabtu dan Ahad anda ambil 3 orang customers sahaja untuk setiap hari itu, jadi untuk dua hari cuti dah 6 cutsomers, sebulan dah 24 customers.

Seorang customer pula katalah anda charge RM 60 untuk full facial, untuk 24 orang makanya dan RM 1440. Extra income RM 1440 ni sekiranya anda menabung hanya ambil masa lebih kurang 1 tahun 2 bulan sahaja untuk merealisasikan impian anda untuk ke Europe, berbanding dengan 8 tahun sekiranya bergantung kepada gaji kerja sahaja.

Nampal tak di sini betapa impian anda itu boleh tercapai dengan LEBIH CEPAT apabila anda buat side income dengan bisnes mobile spa.

Tapi kenapa mobile spa? Kalau saya nak buat bisnes lain tak boleh?

Eh boleh je nak buat bisnes lain. Tiada salahnya. Tapi meh jap saya nak kongsikan kenapa saya cadangkan anda buat bisnes mobile spa.

  1. Masanya yang flexible. Seperti contoh yang saya berikan di atas, sekiranya anda bekerja sekalipun anda masih boleh buat extra income pada hujung minggu.
  2. Untung margin yang besar. Dengan hanya invest pada sekali kursus, anda boleh buat keuntungan berkali kali tanpa perlu hari-hari rolling modal hari-hari kerana skincare yang digunakan tidak akan habis setiap hari.
  3. Sesuai dengan jiwa wanita yang sukakan kecantikan.

Kesimpulannya, bisnes mobile spa yang saya cadangkan sebagai salah satu cara untuk buat side income ini adalah lebih dekat dihati seorang ibu dan isteri.

Jadi anda dah boleh nampak bagaimana bisnes mobile spa boleh mempercepatkan impian anda menjadi kenyataan. Saya juga doakan semoga segala impian yang anda tanamkan sejak dari dulu lagi akan dapat direalisasikan bersama yang tersayang.

Anda boleh juga membaca perkongsian daripada sahabat di sini tentang capai impian melalui bisnes mobile spa dan sekiranya anda ingin melihat hasil yang telah dicapai oleh beautician mobile spa, boleh baca entri testimoni mobile spa ini.

Sekian,

#kursusspamurah
#spashaklee
#mobilespa
#mobilespamalaysia
#kelasspaonline

Salam mesra,

Trainer mobile spa

Syuhaidah Rahmam
010-4041219
SID: 1233316
Mobile Spa Trainer
Shaklee Distributor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *