Ramai yang kenal dengan Khairul Amin Kamarulzaman atau lebih dikenali dengan nama Khairul Aming di media sosial.. He is a food content creator dan juga seorang usahawan yang berjaya. Sambal nyet dia tu, asal release je habis.
Sambal nyet tu kan, saya pun boleh buat sendiri, cuma kerajinan itu tidak selalu datang menyebabkan ku beli juga sambal nyet Khairul Aming. Haha.
Ok, berbalik kepada isu Khairul Aming yang tengah viral sekarang ni. Ada seorang pakar kesihatan memuat naik status di media sosial dengan penulisan ini:
Salam Khairul Aming, saya berharap masakan akan datang adalah makanan sihat. Banyak sangat minyak ni.
Goreng is not good (adalah tidak bagus). Harap lebih peka dengan masalah rakyat Malaysia. Kita tidak mahu kesihatan makin teruk, negara makin merundum. Terima kasih, katanya.
Selepas sahaja penulisan ini ditulis, maka terus tular cerita ini kepada seluruh rakyat Malaysia.
Saya membaca beberapa komen yang ditulis. Rata-rata ramai yang tak berapa senang dengan kenyataan Pakar Kesihatan tersebut, tapi tak kurang juga dengan yang menyokong kenyataan yang diberikan.
For me personally, isu ini tidaklah besar mana pun.
Seorang pakar kesihatan memberi teguran / nasihat berkenaan makanan berminyak yang membahayakan kesihatan adalah tidak salah. Cumanya pada pandangan saya, sedikit kesilapan daripada doktor tersebut adalah apabila dia tag Khairul Aming. Kalau dia tak tag dan hanya cakap secara general, isu viral ini mesti tak berlaku.
Kenapa saya katakan tag Khairul Aming adalah satu kesilapan?
- Khairul Aming is someone yang disukai ramai orang sebab sikap dan sifatnya yang ramah dan baik di media sosial menyebabkan pengikut tegarnya melenting bilamana nama influencer kesayangan mereka dipetik. Mereka bukan sahaja back up Khairul Aming, tapi turut mengelurkan kata-kata yang tidak baik dan mengecam doktor tersebut.
- Doktor itu mungkin terlupa yang Khairul Aming itu kerjanya adalah FOOD CONTENT CREATOR. Sepertimana seorang doktor akan menjalanakan kerja dengan sangat baik semasa merawat pesakit, maka Khairul Aming pun perlu menunjukkan resepi yang sebenarnya / sesedapnya kepada audiences supaya apabila mereka cuba buat, rasanya jadi sedap.
Kalau food content creator banyak skip bahan penting atau kurangkan bahan penting semata-mata untuk hasilkan makanan yang sihat, makanya makanan itu akan jadi kurang sedap dan mereka yang cuba untuk menghasilkan makanan yang sama tidak akan dapat menikmati hasilnya nanti.
Pada pendapat saya, sekiranya doktor itu menulis seperti ini, mungkin isu ini tidak akan jadi besar.
Salam Khairul Aming, Saya berharap awak boleh juga sediakan masakan yang sihat supaya dapat jadi ikutan kepada rakyat Malaysia dan bantu mereka untuk hidup dengan lebih sihat. Sama-sama kita menaikkan semula tahap kesihatan rakyat Malaysia. Terima kasih.
Lebih nice rasanya kalau cakap macam ni kan?
Kita pun faham tanggungjawab seorang doktor dalam memberikan kesedaran kepada rakyat Malaysia untuk makan makanan yang sihat dan menjaga kesihatan. Kenyataan doktor tersebut lebih kepada memberi kesedaran.
Cuma kadang-kadang apabila kenytaan yang dikeluarkan terlalu ‘BOLD‘ dan ditujukan pula kepada influencer yang disenangi ramai ni menyebabkan ramai yang triggered.
However in a bright side, bagus juga isu ni viral sebab setidak-tidaknya ramai lah yang memberi komen seperti:
- Yang penting jaga portion makan.
- Makan seadanya, jangan berlebihan.
- Makan sekali sekala OK.
- Jangan lupa bersenam.
- Kalau nak jadikan versi sihat, boleh kurangkan atau tambahkan apa yang patut.
Jadi secara tak langsung ramai yang sama-sama memberi kesedaran berkenaan makanan dan kesihatan.
Untuk semua yang beragama Islam, selamat meneruskan ibadah puasa. Di bulan yang mulia ini ucapkanlah kata-kata yang baik dan elakkan daripada permusuhan.
Take care everyone and have a good day ๐
Yang nak dapatkan Shaklee boleh whatsapp saya. Saya pengedar Shaklee yang sah ๐

Whatsapp: 010-4031219 (boleh klik je di no phone tu untu direct whatsapp).