Hari ini saya nak kongsikan pengalaman Ramadhan dengan set puasa Shaklee. Semasa saya menulis entri ini, masih segar lagi ingatan dengan memori puasa dan raya pada tahun 2022, sekarang ni dah nak masuk ke Ramadhan 2023 pula. Sungguh, terasa cepat masa berlalu.
Tahun lepas, kami beli baju anak-anak perempuan di salah satu booth raya di IOI setelah banyak tempat pergi dan tak jumpa warna yang kami mahukan. Alhamdulillah akhirnya jumpa juga di IOI. Jenuh sungguh mencari baju anak-anak perempuan.
Seperti Ramadhan tahun-tahun sebelum ini, saya akan berpuasa dengan Shaklee.
Kenapa berpuasa dengan set puasa Shaklee?
- Saya boleh fokus lebih kepada ibadah sebelum sahur kerana sahur saya sangat ringkas, tidak perlu ketang ketung memasak di dapur.
- Terasa badan lebih ringan sebab mengambil sahur yang tidak berat tapi kaya dengan nutrisi.
- Menjadi booster untuk menurunkan berat badan.
- Walaupun tak makan nasi, tapi tetap boleh puasa dengan steady.
Saya tahu mesti ada yang tertanya-tanya, betul ke boleh puasa dengan baik kalau tak makan nasi? Sebab dalam minda kita, ia beranggapan kena ambil nasi juga baru boleh puasa dengan bertenaga. Kalau tak ambil nasi, nanti lembik melepek, tak mampu nak puasa.
Saya boleh faham mereka yang ada pemikiran seperti itu sebab dulu saya pun begitu juga. Sama sahaja. Rasa takut nak sahur dengan set puasa Shaklee sebab ada suara dalaman yang cakap:
Eh betul ke boleh tahan puasa tanpa nasi? Eh macam tak percaya je. Betul ke boleh puasa tak makan nasi?
Emm betullah kata orang, tak kenal maka tak cinta, tak cuba makanya tak tahu. Bila saya cuba berpuasa dengan Shaklee Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja dan ianya buatkan saya gembira kerana tidak perlu lagi nak bertungkus lumus di dapur pada awal pagi. Shake shake kan aja.
Sebelum saya kongsikan items yang ada dalam set Ramadhan, saya nak kongsikan 3 perkara utama yang diharapkan apabila berpuasa supaya dapat melaksanakan ibadah puasa dengan baik.
- Tenaga.
- Kenyang.
- Badan segar / terhidrasi.
Kalau boleh, kita nak dapat ketiga-tiga manfaat di atas kerana ianya membantu untuk melaksanakan kerja harian dan ibadah dengan produktif. Tetapi malangnya, bukan semua orang dapat merasai ketiga-tiga manfaat tersebut disebabkan kekurangan nutrisi yang ada semasa berpuasa.
Nutrisi utama yang diperlukan dalam bulan Ramadhan:

Untuk mempunyai tenaga yang berpanjangan, kita perlukan protin yang cukup kerana kebiasaaanya makanan berprotin mengandungi indeks glisemik yang lebih rendah berbanding makanan berunsurkan karbohidrat.
Indeks glisemik adalah ukuran berapa cepat makanan yang kita makan dapat dipecahkan kepada glukosa (tenaga) dan dilepaskan ke dalam aliran darah. Semakin tinggi nilai indeks glisemik, semakin cepat perubahan makanan kepada tenaga, manakala indeks glisemik yang rendah menyebabkan perubahan makanan kepada tenaga berlaku secara perlahan-lahan. Oleh itu, mereka yang mengambil makanan rendah indeks glisemik akan dapat tenaga yang berpanjangan.
Kita akan kenyang lebih lama apabila sel mendapat cukup nutrisi, jadi makanan yang mengandungi multivitamin, multimineral, dan serat adalah sangat sesuai bagi mereka yang inginkan rasa kenyang lebih lama. Makanan yang berprotin juga membantu untuk kenyang lebih lama kerana indeks glisemiknya yang rendah.
Kita selalu diingatkan untuk minum banyak air putih / air masak apabila puasa bagi mengurangkan risiko dehidrasi. Namun begitu, atas faktor puasa, kita tidak dapat untuk minum air berterusan walaupun dalam keadaan cuaca panas dan tekak mula rasa dahaga.
Sebab itu mengambil minuman yang mengandungi elektrolit adalah satu langkah yang amat bijak bagi mengurangkan risiko dehidrasi. Minuman yang mengandungi elektrolit membantu mengekalkan bendalir dalam badan dan seterusnya mengekalkan kesegaran dan mengurangkan dahaga.
Jadi, setelah mengetahui nutrisi yang diperlukan oleh badan untuk berpuasa dalam keadaan bertenaga, kenyang lebih lama dan segar (tiada dehidrasi), maka berpuasa dengan set Ramadhan Shaklee adalah satu langkah yang bijak kerana set puasa Shaklee menyediakan 3 manfaat utama yang disebutkan di atas.
Items apa dalam set puasa Shaklee?
Ada 3 items utama dalam set ini iaitu:
- Energizing Soy Protein (ESP)
- Cinch Shake.
- Performance Drink.

Apa manfaat setiap items dalam set puasa Shaklee?



Tadi saya dah ceritakan pengalaman saya sendiri, kini saya kongsikan juga pengalaman rakan-rakan yang menggunakan set puasa Shaklee sepanjang Ramadhan.
Pengalaman rakan-rakan dengan set puasa Shaklee.





Alhamdulillah ramai yang dah dapat merasai kebaikan berpuasa dengan set ini dan saya harapkan lebih ramai lagi yang akan dapat manfaat di bulan Ramadhan seperti yang kami rasakan.
Sekiranya ingin bertanya atau membuat pembelian set Ramadhan ini, boleh contact saya di:
Selamat menjalankan ibadah puasa buat semua, semoga Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun yang sebelumnya.
Untuk baca entri saya yang sebelum ini boleh klik DI SINI.
Love,
Syuhaidah Rahmam.
ID Shaklee 1233316.
Contact number: 010-4031219.
COD sekitar Melaka, pengeposan seluruh Malaysia.
#BlogMegaShaklee.
#ShakleeThrive2023.
#ShakleeTriumph2023.