Skip to content
Home » Blog » Projek Blog Mega | Sangat teruja dengan Projek Blog Mega

Projek Blog Mega | Sangat teruja dengan Projek Blog Mega

Sudah lama rasanya tak teruja untuk menulis di blog tapi disebabkan Projek Blog Mega dilancarkan, makanya keterujaan untuk menulis di blog datang kembali. Masa awal-awal buat Shaklee, saya memang fokus kepada blog dan juga Facebook. Zaman dulu tak macam sekarang, pelbagai medium ada untuk buat marketing dan personal branding. Masa PKP adalah kemuncak kenaikan penggunaan platform Tiktok. Asalnya ramai yang menggunakan Tiktok lebih kepada suka-suka, untuk hiburan, tetapi semakin lama, semakin ramai yang menggunakan Tiktok untuk tujuan bisnes termasuklah saya sendiri.

Disebabkan ada banyak alternatif platform yang boleh digunakan untuk menjalankan bisnes, maka semakin hari medium blog ini semakin dilupakan sedangkan blog adalah medium yang sangat bagus sebab ianya menggunakan search engine. Platform media sosial yang lain seperti Facebook, Instagram, Youtube, dan Tiktok adalah platform yang bagus, tetapi sekiranya kita dapat muncul di carian Google, ianya boleh memberi manfaat yang lebih besar kepada perniagaan dan memudahkan bakal pelanggan untuk menemui kita.

Apa yang membuatkan saya bersemangat untuk menulis semula di blog adalah disebabkan ramai kawan-kawan dalam Shaklee sudah pun bermula untuk menulis semula. Masing-masing terasa rugi meninggalkan medium blog ini sedangkan blog adalah satu medium yang sangat relevan dan artikel yang ditulis boleh dijadikan sebagai bahan rujukan untuk diri sendiri dan pelanggan.

Projek Blog Mega 1
Bila ramai-ramai nak join buat blog memang semangat jadi lain macam

Dalam Projek Blog Mega:

  1. Ada support group (kumpulan sokongan) untuk saling menyokong dan berkongsi idea.
  2. Ada guru yang akan mengajar bagaimana untuk menjadikan blog kita muncul di carian Google.
  3. Ada tips yang akan dikongsikan secara konsisten oleh mereka yang pakar.

Jadi kalau dulu kita menulis suka-suka sahaja, kali ini menulis dengan ilmu dan strategi.

Banyak sebenarnya cabaran untuk menulis blog terutamanya dari aspek kekangan masa kerana penulisan di blog biasanya lebih informative daripada platform medial sosial yang lain tetapi Insyaallah dengan sokongan dan dukungan yang berterusan daripada kawan-kawan dalam Projek Blog Mega, Insyaallah saya akan konsisten menulis. Cuma, kawan-kawan ni sebenarnya lebih kepada faktor luaran sahaja. Kalau kita betul-betul hendak menulis, maka semangat itu wajib datang daripada diri sendiri.

Saya ingin kongsikan sedikit pengalaman di awal permulaan bisnes Shaklee. Disebabkan pada masa itu blog merupakan salah satu medium utama saya untuk bisnes, maka saya korbankan masa tidur untuk kemaskini dan tambah artikel-artikel baru di blog. Seawal 4 pagi saya dah bangun untuk menulis di blog. Sungguh, sangat luar biasa semangatnya dan Alhamdulillah asbab daripada usaha yang konsisten Allah ganjari saya dengan satu per satu kejayaan dalam bisnes Shaklee. Alhamdulillah.

Untuk pembaca blog http://www.syuhaidahrahmam.com, saya doakan anda semua sentiasa bersemangat dalam apa jua yang yang anda usahakan. Semoga segala kegigihan dan kesungguhan anda semuanya akan berbayar dengan kejayaan kerana saya percaya, bahawa USAHA YANG GIGIH SAMA SEKALI TIDAK AKAN MENGKHIANATI HASIL.

Insyallah panjang umur, kita berjumpa lagi dalam next entry. Jaga diri dan sihat-sihat selalu :).

Untuk menghubungi saya boleh kilik link di sini: https://syuhaidahrahmam.wasap.my/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *