Diam tak diam tak sangka dah 7 tahun lebih saya dalam komuniti bisnes Shaklee. Subhanallah, satu tempoh masa yang cukup matang dan lama buat saya. Kalau dalam Islam, anak yang telah cecah 7 tahun usianya digalakkan untuk diberikan latihan solat secara konsisten.
Bila saya imbas kembali perjalanan dalam Shaklee, bukan semuanya indah-indah pun. Ada sahaja luka, duka, ‘jatuh lombong’, tapi semua itu tak mematahkan semangat saya pun untuk terus bersama Shaklee. Apa sebenarnya yang buatkan saya terus bersama Shaklee? Sebab adanya komuniti bisnes Shaklee yang sangat best!
KENAPA KOMUNITI BISNES SHAKLEE BEST?
Saling berkongsi ilmu.
Saya tak pasti budaya ini bermula dari mana, tapi setiap ahli Shaklee sangat tak lokek nak kongsi ilmu walaupun sebenarnya kami kan adalah pesaingan antara satu sama lain. Bukan ilmu sahaja, bahan marketing pun kongsia sahaja antara sesama kami walaupun bukan dari kumpulan yang sama.
Teringat saya kepada kata-kata salah seorang Master semasa saya menghadiri MasterClass. Katanya, “Kalau ada bahan marketing tu guna-guna je sesama kita. Kira halal lah semua tu. Kita semua ni Shaklee famili”. Bergema meriah dewan dengan tepukan semangat kegembiraan daripada semua ahli Shaklee.

Saling menyokong.
Apabila buat bisnes, asam garam dalam bisnes adalah tak selamanya bisnes ini di atas. Ada masa ianya mendatar, ada masanya juga yang ia boleh jatuh ke bawah. Jadi, apabila kita ada komuniti bisnes yang saling menyokong, ianya memudahkan untuk kita terus kuat dan bertahan, seterusnya untuk bangkit kembali.
Mentor yang mengajar dan membantu.
Bagi yang pertama kali buat bisnes atau bisnes Shaklee seacara spesifiknya, mesti tak tahu bagaimana untuk mulakan perniagaan ini dan perlukan bantuan daripada mereka yang dah pandai dan berpengalaman. Mereka yang pandai dan berpengalaman inilah yang kita panggil sebagai mentor. Mereka akan jadi WAZE kepada kita, iaitu menunjuk dan membuka jalan bagaimana untuk jalankan bisnes Shaklee ini dengan baik sehingga menghasilkan kejayaan Insyaallah.

Pengurusan Shaklee yang efektif.
Dalam memastikan setiap pengedar Shaklee dapat menjalankan perniagaan dengan baik, maka Shaklee mewujudkan banyak inisiatif yang boleh membantu pengedar Shaklee dalam memahami konsep nutrisi, supplement, dan juga bisnes Shaklee.
Contohnya Shaklee ada channel telegram yang sangat aktif memberikan info terbaru dari masa ke semasa, ahli nutrisi Shaklee mengadakan kelas nutrisi setiap bulan, website Shaklee yang sangat memudahkan kami untuk membuat belian dan untuk melihat prestasi semasa bisnes.

Penghargaan dan pengiktirafan daripada Shaklee.
Manusia ini mudah termotivasi apabila diberikan penghargaan dan pengiktirafan dalam apa sahaja yang dibuat. Betul tak? Sama juga dalam bisnes Shaklee, Shaklee sangat menitik beratkan penghargaan kepada usahawan Shaklee yang menunjukkan kemajuan ketara dalam bisnes sebagai motivasi untuk mereka melakukan yang lebih baik pada masa hadapan.
Apa yang saya boleh katakan, membina perniagaan bersama Shaklee sangat mengujakan. Walaupun kita tidak bekerja untuk Shaklee, tidak perlu ada masa yang tetap untuk masuk dan keluar office, Shaklee ni boleh dibuat pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja, tetapi pengiktirafan yang diberikan oleh Shaklee seolah olah kita adalah pekerja yang bekerja di syarikat yang besar dan mewah.

Berani berimpian.
Disebabkan dah 7 tahun lebih saya buat Shaklee, saya dah jumpa dengan ramai orang. Kebanyakan daripada mereka yang buat bisnes Shaklee asalnya nak dapat duit tepi sahaja. Mungkin RM 100, RM 300, RM 500. Tapi siapa sangka rupanya dengan Shaklee mereka boleh dapat lebih daripada itu.
Kalau dulu mereka selalu ada rasa rendah diri terutamanya suri rumah, tapi lepas berada dalam komuniti Shaklee, mereka mula bertambah yakin dengan diri sendiri selepas satu persatu impiam mereka menjadi nyata. Setuju tak dengan saya bila saya kata bukan semua orang berani untuk berimpian. Ada orang boleh pasang banyak angan-angan tapi bukan semua boleh pasang impian kerana mereka yang pasang impian adalah mereka yang berani untuk ambil tindakan.
Kumpulan yang positif.
Dalam komuniti Shaklee, kami tak sembang pasal gosip artis dan sangat kurang bercakap berkenaan orang lain. Fokus kami lebih kepada membina perniagaan dan membantu mereka yang memerlukan bantuan kami. Apabila fokus dan tenaga terarah kepada perkara yang postif, maka kehidupan akan lebih tenang dan bermanfaat.

Elaun kereta.
Bagi syarikat-syarikat yang besar, biasanya elaun kereta akan diberikan kepada mereka yang berpangkat besar, contohnya jawatan pengurus besar. Kiranya yang dapat elaun kereta ni orang yang berjawatan tinggi dan sudah lama bekerja, bukan pegawai biasa. Berbeza dengan Shaklee, walaupun kita baru sahaja memulakan perniagaan, tetapi sekiranya menunjukkan prestasi yang sangat baik, makanya akan dapat elaun kereta.
Bisnes untuk dunia dan akhirat.
Sewaktu baru memulakan bisnes Shaklee, saya ada merasakan bahawa kumpulan Shaklee ini seperti kumpulan usrah kerana sentiasa diingatkan dengan perkara akhirat. Antara yang selalu diketengahkan ialah niat yang betul dalam bisnes, urusan infaq dan zakat, dan kebergantungan kepada Allah.
Sebagai orang Islam, apabila menjalankan perniagaan dengan niat dan cara yang betul, kita bukan sahaja menjadikan perniagaan ini sebagai satu kerjaya, tetapi sebagai ruang dan peluang untuk melakukan banyak ibadah.
Sebenarnya, kalau nak diceritakan, ada banyak lagi yang seronok dengan komuniti Shaklee, tapi cukuplah dahulu saya bawakan 9 perkara kenapa komuniti Shaklee sangat best. Yang nak buat bisnes Shaklee, nak cari pendapatan tambahan, boleh whatsapp saya untuk mendaftar.
Jumpa lagi di entri yang akan datang.
***Ini adalah entri kedua saya, kalau nak tahu kenapa saya bersemangat untuk menulis semula di blog boleh baca di sini: https://www.syuhaidahrahmam.com/2023/03/06/projek-blog-mega-sangat-teruja-dengan-projek-blog-mega/
Berminat nak join bisnes Shaklee, register di sini: REGISTER TODAY